Bubur Jagung Barli..... nyamannya~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera .....

Apa khabar..?? Moga-moga sihat walafiat hendaknya dan dapat menunaikan ibadah puasa tanpa sebarang halangan. Lately, Nina kerap sakit kepala.... Aduhh !! May be sebab cuaca yang panas terik diwaktu tengahhari dan tetiba hujan diwaktu petang agakya..Dugaan..

Barli merupakan bijirin yang punya banyak serat. Antara kebaikkan barli ialah boleh merendahkan kolesterol dalam darah dan memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Selain dari itu, air rebusan barli juga dikatakan mampu bertindak sebagai agen penyejuk badan secara semulajadi.

Hhrrmm .... kalau sesapa yang terasa panas badan tuu boleh lah rebus barli dan minum airnya. Tapi untuk orang yang panas baran tentunya tidak berkesan sama sekali untuk meredakan kebaranannya walaupun dah bergelen-gelen air barli diminum. Tolong lah jangan percaya ehh....
Hehehe ....


Bubur Jagung Barli
Bahan-bahan
1/2 cawan barli
1 tin jagung manis berkrim

1/2 cawan biji jagung (Nina guna yang part frozen tuu ajer)
1/4 sagu kecil
1 kotak kecil santan
500 ml air - kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi ...
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara penyediaannya
1- Barli direbus terlebih dahulu bersama sagu.
2- Bila dah empuk masukkan jagung, jagung manis berkrim, santan, air, gula, garam & daun pandan. Tunggu hingga mendidih. Kacau sentiasa.
3- Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan

ppssttt >>>> nak dimakan samada sejuk mahupun panas pun sedappp!
ikut citarasa masing-masing :)

Selamat mencuba !!










Labels: