Daging Berempah Ala-Mamak

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ...


Apa khabar semua ....?? Moga-moga semuanya sihat walafiat hendaknya .. Amin....
Lama juga Nina tak bersiaran. Terima kasih banyak-banyak buat yang sudi singgah teratak Nina walaupun tiada entry terkini. Asyik-asyik Nina dok tengok Fish & Chips with Coleslaw  ajer ehhh ..... Sorry yea~~~
Schedule Nina agak sibuk minggu lepas bersama urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan. Kelam  kabut Nina dibuatnya ...!!! Alhamdulillah, ada beberapa tempahan yang perlu Nina buat   ditambah pula dengan urusan kuliah yang memerlukan Nina memberi tumpuan yang lebih dari biasa minggu lalu. Syukur alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar dan tanggungjawab dapat Nina galas sebaiknya. Insya'Allah ......
Jutaan terima kasih juga buat Hubby dan anak-anak Nina yang amat memahami situasi Nina dan banyak memberi sokongan serta dorongan ;) 
Mereka lah anugerah yang amat berharga untuk Nina. Syukur Alhamdulillah ......


Suka tak makan kat restoran Nasi Kandar? Sebelum-sebelum nie, Nina dah pernah share resepi Ala-Mamak. Antaranya Udang Masak Hitam Ala-Mamak & Sotong Masak Hitam Ala-Mamak. Kali nie Nina buat versi daging pula. Disebabkan Nina dan Hubby kurang makan nasi untuk dinner (buat masa nie..... sampai bila entah laaa.... hehee . . ..) so Nina sediakan menu yang sesuai buat cecah makan bersama roti/tortila/pita dan seangkatan dengannya. Bagi selera Nina dan Hubby, kuah Ala-Mamak nie yang pekat dan berempah amat sesuai dimakan bersama roti. Masa makan sesama, share kuah sepinggan dan cecah sesama..... suap sesama ..... Ooopsss ...!!! 
Chewah~~~ . . . . (senyum, tak perlu kata apa-apa...senyum...) Hehhee . . . . .


Daging Masak Hitam Berempah Ala-Ala Mamak

Bahan-bahan
500g Daging dipotong kecil  
2 biji bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawang putih - diketuk jerr
2 inch halia -  dihiris halus
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
garam dan gula
bawang potong semi bulat untuk hiasan
bahan tambahan lain Nina letak kentang dan carrot sebagai sampingan (FAV anak-anak)
1/2 cawan santan pekat

bahan pes (dicampur dengan sedikit air)
3 sudu besar serbuk kari daging/ayam
2 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk perencah sup
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam

bahan sos
3 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis

Cara-caranya
1-   Panaskan periuk dan minyak untuk menumis. Minyak biar lebih sedikit sebab nanti nak tumis bahan pes.
2-   Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
3-   Setelah itu, masukkan bahan pes. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
4-   Kemudian masukkan bahan sos bersama rempah 4 sekawan. Kacau rata hingga mendidih.
5-   Masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi. Kacau rata. Biarkan daging sebati bersama rempah-rempah tadi. (Nina tutup periuk seketika dan kacau sekali sekala)
6-   Masukkan air dan biarkan sehingga daging empuk sepenuhnya.
7-   Kemudian masukkan kentang dan carrot. Masak hingga empuk.
8-   Selepas itu, masukkan santan dan kacau sekali sekala sehingga kuah pekat. Kepekatan kuah mengikut citarasa masing-masing
9-   Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
10- Masukkan bawang yang dipotong semi bulat untuk hiasan
11- Tutup api dan sedia dihidangkan...


Selamat mencuba !!









Labels: