Hokkien Mee Udang Penang

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang ....

Apa khabar ?? Nina harap teman-teman semua sihat walafiat. 
Syukur alhamdulillah, Ramadhan yang dinanti kembali lagi.  Hari nie dah masuk hari ke-3 kita menunaikan ibadah puasa. Moga puasa kita mendapat keberkatan dari DIA. Amin ....


Selalunya time bulan Ramadhan  keadaan cuaca sering tak menentu. Time petang ajer hujan pun turun membasahi bumi. Sedih rasa hati nie bila melihat peniaga yang berbasah kuyup untuk mencari rezeki terutama sekali peniaga di bazar Ramadhan. Kesihatan harus dijaga, di tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu kebelakangan nie.  Kalau tak sihat, segera lah berjumpa doktor yea ....

Dah lamaa sangatttt Nina tak berblog dan BW kengkawan yang lain. Bak kata sorang kawan tuuu " Nina nie kadang-kadang macam Chipsmore laaaa....." Time ada, memanjang ada, tetiba dah syok intai Nina hari-hari, tup-tup menghilang ..... 
Maaf lah yea ... Bukan apa, kesibukkan melanda diri nina buat masa nie. Kemungkinan untuk bulan Ramadhan nie pun Nina akan agak kurang meng'update'kan entry. Ayway, Nina akan cuba usahakan sedaya yang mampu. Hanya DIA yang menentukan... Insya'Allah.


Resepi Hokkien Mee Udang Penang nie Nina ambil dari MyResepi. Nina ubah sikit Cara penyediaannya agar lebih mudah dan cepat. Rasannya juga mewah dengan kelazatan udang. Memang memikat hati Nina sekeluarga.... 
Jom tengok resepinya.... (Nina buat separuh ajer dari sukatan...)
Hokkien Mee Udang Penang
Resepi asal: MyResepi
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1/2 kg udang sederhana (kopek asingkan isi dan kulit)
2 ulas bawang putih(ketuk-ketukan)
2 biji bawang besar (kisarkan)
beberapa sudu cili kisar (terpulang pada masing2 kalau nak pedas..
gula batu sedikit..
1 paket serbuk Nasi Goreng Udang

bahan untuk campurkan didlm mee:
tauge - dicelur
seikat sayur kangkong (Nina gantikan dengan sayur sawi) - dicelur
bawang goreng
4 biji telur rebus

Limau kasturi
Cili merah dan hijau

Cara-cara
1- Udang dibuang kulit dan kepala. Cucikan kulit da kepala tersebut dan blend halus.
2- Panaskan minyak dan goreng udang sebentar lalu ketepikan.
3- Minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kisar tadi sehingga pecah minyak
4- Bila dan pecah minyak barulah dimasukkan kulit udang yg dikisar tadi bersama air kisar. Masak hingga mendidih dan naik bau
5- Setelah itu, tambah sedikit air biasa mengikut kepekatan yg diingini ..selalunya hokkien mee nie tak cair tak pekat,,tp kalau rasa nak pekat masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung...
6- Kemudian masukkan serbuk Nasi Goreng Udang dan gula secukupnya.. Kacau rata ...
7- Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee yang dah dicelur tadi bersama bahan hiasan mee (taugeh, sawi, bawang goreng dan telur rebus) . Dan semestinya udang yang telah digoreng tadi.  Slurpp slurpppp ~~~

Selamat mencuba ..!!






Labels: