Kuey Teow Goreng

A'salamualaikum dan salam sejahtera ...


Doa Ramadan: Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."
Amin...

Hampir 2 minggu kita berpuasa. Betapa pantas masa berlalu jangan lah  dibiarkan ia pergi begitu sahaja. Setiap detik yang ada haruslah dimanfaatkan dengan segala kebaikkan dalam diri dan jauhilah segala keburukkan  dan kemungkaran. 
Setiap insan telah tertulis oleh DIA dengan liku-liku corak perjalanan hidup mereka yang tersendiri. Semuanya ada ceritera yang tersendiri dan penuh dengan kenangan terindah masing-masing. Namun pastinya setiap insan itu pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.  Ianya datang dari kealpaan kita sendiri. Tiada insan didunia ini sempurna dan tidak melakukan kesilapan. Dengan kesilapan lah kita belajar erti kehidupan. 
Sepuluh jari ini memohon sejuta kemaafan andai ada salah dan silap Nina antara kita sepanjang persahabatan kita. Moga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat semua. 
Amin....

Semua sedia maklum bahawa Char Kuey Teow antara menu kegemaran ramai. Ada berbagai-bagai versi. Semuanya ikut selera masing-masing. 
Tapi Nina nak share resepi Kuey Teow Goreng biasa ala Nina ajerr ....  
Mostly bahan-bahan rencahnya sama. Cuma Kuey teow Nina tak cukup basah dan berkuah macam Char kuey teow.. Maklum lah kan, bulan puasa nie semuanya nak pantas dan segera. Ala-ala main masak-masak, campak-campak, goreng-goreng, kacau-kacau. Dah siap, makan! 
Tak per lah kannn ..... janji sedappp! Hehhee ....
Kuey Teow Goreng versi Nina
Bahan-bahan
1 paket kuey teow - dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang putih - Nina ketuk ajer
1/4 cawan udang kering 
1 cawan kerang - direbus dahulu
2 cawan udang sederhana size - dibuang kulit 
1 1/2 cawan taugeh
Fish cake - hiris nipis
3 sudu sambal tumis
2 biji telur
1 cawan air panas
Daun kuchai - dipotong-potong 2inch


Bahan sos
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis 


Cara-cara
Jemput makan ...... eh eh! Puasa kan? Tunggu masuk waktu berbuka nanti ehh.....
hehehe . . .





Labels: