Juadah Berbuka Puasa : My HomeMade Roti John yang mudah beserta gambar step by step.

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera ....

Doa Ramadhan : Hari ke Tujuh
"Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah
Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-MU Secara
Berkesinambungan, Dengan Taufiq- MU,
Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat."


Salam Ramadhan yang ke -7 dan Salam Jumaat Ramadhan yang pertama. Hampir seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Moga seminggu yang berlalu ini memberi kenikmatan dan keberkatan berpuasa buat kita semua. 

"Roti John ... Roti John .... Nak daging ker ayam? Nak yang panjang ker yang pendek??"
"Sos lebih ehhh ~~"
Itulah yang biasa kedengaran bila kita ke bazar Ramadhan dan biasanya inilah menu yang hanya ada semasa bulan Ramadhan. 
Popular sungguh menu Roti John nie. Siapa lah pencipta  dan siapa pula John yang dimaksudkan tuuu ehhh ......????? Elthon John ker, John Travolta .... Hehhee . . .
Eermm .... entah laaa... yang pasti Nina juga antara penggemar Roti John nie. :)

Nina buatkan Roti John HomeMade untuk Nina sekeluarga. Kalau beli kat luar, kadang tuu tak terasa pun daging atau ayamnya. Macam tak der bezapun bila kita minta daging ataupun ayam. Sos pun sikit ajer .....
Bukan berniat nak memperkecilkan peniaga Roti John tau ... cuma kadang tuu itulah hakikatnya. Nak yang bagus memang ada, Nina pernah makan dua tahun yang lepas cuma abang tuu dah tak nampak kelibatnya so sebaiknya buat ajer sendiri. Daripada nanti rasa kecewa tak dapat bagai yang di idamkan .... 
Bahan pun mudah dan tak der lah seremeh mana pun cara penyediaannya.... Nina beli roti sausage Gardenia,  RM2.40 - kecik ajer sizenya dan ada 6 kat dalam. Cukup lah sekali makan untuk family yang kecik macam Nina nie.... Sorang makan satu dan ada extra lagi satu. Saper lah yang empunya yang extra tuuu ehhh .....??
hehehe . . .

Jom tengok cara Nina menyediakan Roti John yang simple nie.....


My Homemade Roti John
Bahan-bahan
2 keping daging burger - dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 inch halia - ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang - dipotong 1cm
Timun - hiris-hiris
Kobis - hiris-hiris
Tomato - hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam

Garam secukup rasa - jika perlu

Cara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.

Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan...


nie part telur dituangkan ke atas pan. Besar telur nie agak-agak boleh tutup roti tu nanti

Hah ...!! Yang nie pula, telur tuu dah ditutupi oleh roti. Terlebih telur lak tuuu.... suka suka extra:) 

Tadaaa .....!! Dah siap.. Picture part susun atur timun, tomato, kobis  bersama cili sos, black pepper & mayonnaise  tak done nak ambik. Mengejarkan waktu untuk berbuka :)


Ppsstt  >>> Buat yang bekerja dan rasa macam tak cukup masa, boleh lah sediakan bahan adunan utama - burger nya lebih awal then simpan dalam peti ais. Bila dah nak buat roti john baru lah dicampur telur dan daun bawang. 


Selamat mencuba !!




Labels: , , ,