My Simple Apple Pie


As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hah …!! Buat apa tuu….?? Nak buka periuk ehh….. Puasa yang yang yok ehh~~
hehe ..
Jangan lah gitu yea …. Berpuasa lah dengan penuh keikhlasan dari hati yang tulus, moga kita diberi keberkatan disepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Salam ceria dari Nina buat pengunjung teratak Corat Coret Nina. Ribuan terima kasih yang tak terhingga kerna teman-teman sekalian sudi meluangkan  masa  menatap serba sedikit perkongsian lagi tak seberapa ini dari Nina..

Doa Ramadan: Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."


Perkongsian untuk hari nie adalah resepi Apple Pie yang amat simple.. Nina memang gemarkan resepi yang penyediaanya ringkas, mudah dan cepat. Ala-ala 2fast 2furrious gitu ….
Nina gunakan pastry yang segera ajer.. Jenama Kawan – boleh beli kat mana-mana hypermarket. Selalunya dia dok kat sebelah kulit popia..



My Simple Apple Pie
Bahan-bahan
Puff pastry secukupnya (Nina guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

Bahan inti
6 biji epal -  kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
½  cawan  gula perang (brown sugar)
1 sudu perahan jus lemon
½ sudu  serbuk kayu manis
Secubit garam
Sedikit mentega

Cara penyediaanya

Untuk inti :-
1-  Panaskan mentega dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan inti (epal, gula perahan lemon, serbuk kayu manis dan secubit garam)
2-  Masak hingga epal lembut dan pekat.
3-  Sesudah siap, ketepikan dan dibiarkan sejuk

Untuk Apple Pie
 1-  Ambil sekeping kulit puff pastry, letakkan dan ratakan disekeliling lubang pan muffin
 2-  Tekan-tekan dasarnya dengan garfu
 3-  Buat kaedah sama untuk baki puff pastry.
 4-  Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
 5-  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan
 6-  Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastry
 7-  Sedia dihidangkan – Nina ayakkan gula aising kat atasnya.

Selamat mencuba …!!







Labels: , ,