Butter Cake Simple & Cream Icing paling mudah dan sedap!

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Bertemu kembali di awal bulan February 2013. February ...... ramai yang mengatakan tentang bulan Cinta. Almaklum lah kalau omputeh kata Valentine Day gitu... (14 Feb)
Akan tetapi Nina tak celebrate punnn.... Cuz hari-hari pun Cinta mekar dalam hati
Chewahhhh~~~~ Ooucchh!!


Hari nie Nina nak share resepi Butter Cake yang paling simple dan juga Cream Icing yang paling mudah tapi sedap! Resepi nie Nina dapat dari owner kedai kek. Punya lah baik hati beliau nak berkongsi ngan Nina resepi yang digunakan di kedai kek nya. Kata beliau, kek yang sedap tidak semestinya perlu menggunakan bahan yang banyak tetapi bahan yang digunakan itu haruslah yang berkualiti tinggi dan bersih. Itulah rahsia kedai kek beliau bertahan lama .....

Story mory tentang Cream Icing pula, ada bermacam-macam versi resepi cream icing. Ada yang buh butter, vanilla esen, krimwell, shortening dan macam-macam lagi ~~~
Pada mulanya, Nina terkezut juga bila owner tuu bilang yang resepi cream icingnya hanya krimwell + gula icing sahaja! Akan tetapi, itulah resepi yang digunakan dah berbelas tahun sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang bakery nie. So far, tiada complain dari customer malah ramai yang sukakannya. 

Bila Nina dah try, memang sedappp! Tak jemu/muak dan kanak-kanak amat menggemarinya! DAN yang paling penting bahan asas nya amat mudah, tak perlu macam-macam bahan. Nak deco pun senang dibentuk, colour pun cantik cuz krimwell nie colour base nya putih berbanding kalau resepi yang letak butter - colournya agak kuning dan susah nak dapatkan colour yang tepat. Bila putih, macam-macam colour yang kita kombinasikan semuanya terserlah dengan cantiknya! 
Kalau tak percaya...... cuba lah! :)
Jom tengok resepinya~~



Butter Cake Simple
Bahan-bahan
250g Gula caster
250g Butter
5 biji telur (B)
250g Tepung naik sendiri

Cara penyediaanya
1-  Panaskan oven terlebih dahulu
2-  Putarkan butter dan gula caster hingga kembang
3-  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
4-  Masukkan tepung naik sendiri, pukul hingga rata
5-  Kemudian tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris, hentak sekali (jangan pula hentak sampai nak terkeluar balik adunan tuu yea - pelan-pelan sudaaa) 
6-  Bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak.  (cucuk tengah ngan lidi - kalau lidi bersih tandanya kek dah masak)

Cream Icing 1 
Bahan-bahan
1kg krimwell
1/2kg gula icing ( di ayak 2x)

Cara penyediaannya
1-  Pukul krimwell hingga kembang
2-  Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
3-  Adun bersama colour (oil base) dan dah boleh guna tuk mendeco-deco

Resepi 2
500g krimwell
300g golden syrup
160g butter
***** Resepi2 ini colournya sedikit kuning susu sebab adunan golden syrup dan butter.
Tapi sangat mudah nak pukul hingga kembang dan halus berkrim berbanding resepi1 yang menggunakan gula icing yang sedikit kasar.

>>>>> Adunan cream icing akan dapat sangat banyak so boleh lah buat separuh dari adunan yea
Kalau terasa banyak juga, belah cake kepada 2-3 bahagian dan buh lah cream icing kat lapisan tengah cake  tuu :)


Selamat mencuba!

Labels: ,